Sunday, October 23, 2011

Pegawai dietetik / Dietitian

Post kali ni aku nak share informasi tentang dietitian atau dalam bahasa melayunya pegawai dietetik. Kepada sesiapa yang tak minat pekerjaan ni sila blah (kalau nak baca pun boleh). Hehe. Dietetian ni pekerjaan dia melibatkan penjagaan kesihatan secara profesional yang menekankan tentang pemakanan & nutrisi yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Pilihan kerjaya aku yang pertama untuk jadi dietitian la sebab aku memang terer tahap dewa dalam chapter Nutrition. Hahaha (gelak syok sendiri). Tapi kalau nak belajar kat universiti kena ada pengetahuan atau result yang bagus dalam Biology(sudah semestinya) & Chemistry. Physics tak penting sangat tapi cikgu aku cakap kalau nak belajar sekali pun boleh. Course yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran kat universiti ialah Nutrition & Dietetics, Nutrition & Food Science ataupun yang seangkatan dengannya. Korang boleh sambung belajar kat UKM, UIA, IMU atau universiti-universiti yang ada course-course kat atas.

Dietitian sebenarnya terbahagi kepada 9 iaitu :-

  1. Clinical dietitian
  2. Community dietitian
  3. Foodservice dietitian
  4. Gerontological dietitian
  5. Pediatric dietitian
  6. Research dietitian
  7. Administrative dietitian
  8. Business dietitian
  9. Consultant dietitian

Selalunya dietitian kat Malaysia ni kerja dekat hospital. Tapi kat hospital bukan selalu ada kerja kosong untuk dietitian. So, dietitan ni boleh juga kerja as sales nutritionist, consultant kat slimming centre ataupun pegawai kawalan kualiti kat kilang-kilang makanan. Biasa kerja-kerja ni untuk graduan food science tapi kalau ada degree dietetik pun boleh juga masuk kerja-kerja ni. Sebab tengok kat jobstreet requirement dia semua ada sebut dietetik juga.
Kalau nak baca lebih specific lagi baca sendiri kat Wikipedia Dietitian


Gaji seorang dietitian

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya berapa gaji seseorang yang baru graduate dalam kerjaya ni. Berdasarkan website IMU, gaji fresh graduate ialah RM 2500 tapi gaji ni boleh berbeza mengikut syarikat sama ada syarikat kerajaan atau syarikat swasta(selalunya swasta dapat lagi banyak) Biasanya Sales Nutritionist  boleh mendapat gaji sehingga rm 5000 ke atas bergantung bonus dan insentif. Pengalaman bekerja pun menjadi faktor penting dalam penentuan gaji seseorang dietitian. Kalau Quality Assurance Officer pula gaji dia minimum 1800 basic untuk fresh grad. Kalau dah ada experience 2 tahun ke atas boleh mencapai rm3000 atau ke atas.


 


Saturday, October 15, 2011

Siapa cakap sardin dalam tin tak boleh makan?

Walaupun aku tengah sibuk study Sejarah untuk besok tapi aku terpaksa menyempatkan waktu untuk tulis entry ni sebab entry ni tersangatlah penting bagi sesiapa yang pernah terbaca sesuatu artikel berkenaan keburukan makan ikan sardin yang kononnya boleh menyebabkan kanser atau fibroid tumor. Kalau korang tak tau lagi perihal ikan sardin dalam tin tu kat bawah ada artikel(fitnah) tentang keburukan dia.

Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi, berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.
TAHUKAH ANDA ARTIKEL DI ATAS ADALAH PALSU DAN FITNAH.


Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.
Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.
Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )
Sumber artikel: Solihin Zubir

Aku tak salahkan sesiapa yang percaya kat artikel tu tapi sekurang-kurangnya buatlah kajian dulu kalau nak post sesuatu yang kontroversi dan boleh menyebarkan fitnah. Macam yang semua orang tau fitnah lebih kejam daripada membunuh. Lagi satu, jangan risau kepada sesiapa yang suka makan ikan sardin ni sebab ikan sardin ni tak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada tubuh badan manusia jika dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Malah ikan sardin ni ada nutritional value yang tinggi & bermanfaat untuk tubuh badan kita. Kalau masih tak percaya macam mana tulang ikan sardin tu boleh lembut klik sumber ni FoodRecap untuk tahu sebab tulang ikan tu lembut daripada perspektif yang lain. =)




Davichi

Post kali ni tak ada apa-apa pun sebab aku tengah sibuk prepare for exam. Aku cuma nak share lagu Davichi 'Don't Say Goodbye'. Kalau stress sangat fikirkan pasal exam relax kan dengan dengar lagu. It's work! =)


Members Davichi bukan sahaja cantik tetapi mempunyai suara yang boleh meremangkan bulu roma dan bulu tengkuk anda. =p

Tuesday, October 11, 2011

Contoh Karangan SPM - Kepentingan Amalan Menabung

Hasil karangan aku. Kalau nak cilok sila bagitau dulu. Sekian terima kasih.    

     Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, permasalahan berkaitan dengan wang amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana dengan wanglah kita dapat melakukan segala-galanya walaupun wang tidak dapat membeli segala-galanya. Menabung juga merupakan amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi mewujudkan masa depan yang terjamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik untuk menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari mendatang kerana bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan."

    Amalan menabungkan wang sememangnya dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini demikian kerana kos pendidikan ke IPT semakin meningkat saban tahun akibat faktor ekonomi khususnya kolej-kolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan beban untuk memasuki IPT khususnya kolej-kolej swasta.

   Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau". Kos perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang mahal. Pada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang individu.

    Seterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti haram. Jika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan muflis dalam perniagaan.

    Selain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. Perkara sebegini amat penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi perbankan. Kita juga akan menjadi lebih arif akan perkembangan ekonomi dalam negara kita. Penabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara.

   Intihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Walaupun menabung wang dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. Bak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". Kita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang.

Wednesday, October 5, 2011

Tiru-meniru

Salam & selamat pagi kawan-kawan. Aku bingung ler. Kenapa masyarakat kita especially orang Malaysia suka tiru orang lain? Tak kisah la tiru apa pun sama ada tiru style, tiru hiburan & banyak lagi. Aku tak kisah kalau dia tak tiru bulat-bulat sebab ada orang ambil sedikit daripada yang lain lepas tu gabungkan dengan kreativiti dia. Tapi masalahnya ada sesetengah pihak yang sengaja tiru bulat & sebujur yang mungkin. Hehe. Perkara tiru-meniru ni bukan terhad kat situ je. Sejak beribu menjak ni, aku banyak tengok orang copy paste daripada blogger yang lain. Apa? Ingat aku tak tau ka? Dah berjuta blogger Malaysia aku baca tau. Berkenaan penggunaan ayat pula tak payah juga la nak tiru-tiru penggunaan ayat orang lain untuk jadikan blog korang lebih kelakar & tak kering gusi. Cuba tampilkan sendiri kreativiti yang korang ada tu. Mesti lagi syok tau. Ya aku tau blog aku tak banyak follower SO WHAT? Kat description kan aku dah taip yang blog ni blog syok sendiri. Lagipun aku buat blog ni untuk kawan-kawan yang aku kenal je baca. Macam orang yang tengah baca blog aku ni la kot. Sorry aku merapu tak tentu pasal. Aku cuma nak luahkan apa yang tersirat di hati diriku ini. Sorry post ni panjang berjela-jela. Terima kasih kerana sudi membaca =)

Blog digunakan untuk meluahkan pendapat sama ada tentang isu semasa atau perkara yang berlaku pada diri seseorang. Blogging juga dapat meningkatkan tahap kreativiti seseorang dalam kemahiran penulisan. NAMUN jika hanya pintar untuk copy paste, tahap kreativiti anda akan berada pada takuk yang bawah lebih bawah daripada tengkuk katak. Huahaha.

Tuesday, October 4, 2011

FZ150i & KLX150

Whoa hari ni hujan je dari pagi. Best best! Kalau ikutkan hati aku nak je dibuai mimpi sambil peluk bantal tapi disebabkan kemaruk FZ150i aku dari tadi bertenggek depan laptop baca forum-forum FZ150i. Apakan daya. Aku masih student. Kalau aku kerja dah lama aku beli (kot). Mak aku cakap nak belikan tahun depan. Harap-harap beli. Tapi bapa aku minat KLX150. Motocross tu... Aku pun okay je ngan motocross. Hehehe... Lagi satu aku nak ingatkan entry ni berkenaan motor semata-mata. Kalau korang tak minat motor dipersilakan untuk blaa.. Huahaha

FZ150i


Informasi-informasi FZi yang aku dapat daripada forum-forum yang aku dah baca:-

  • Meter minyak susah nak turun. Terlalu jimat minyak. Haha. Ya ni bukan kekurangan tapi kelebihan dia. 
  • Kedudukan riding yang gila selesa & jarang orang sakit belakang sebab kedudukan dia tegak.
  • Mantap bila nak meleper (corner) 
  • Pakai Electronic Fuel Injection. EFI ni la yg menyebabkan minyak motor ni jimat gila & maintanence dia kurang.
  • TAPI kelemahan dia tak boleh pergi laju macam CBR. Bawa motor ni slow and steady je sesuai. Purata top speed 130km/h je. Tapi bagi aku 130 tu laju pe. Aku bawa 80km/h pon da ngeri. HEHE!

KLX150 pula bagi aku okay je (kalau-kalau la bapak aku yg beli). Aku tengok cun gak motocross tu. Cuma tak ada meter minyak je la. Kalau abis minyak tengah jalan terpaksa bermuka tembok tolak motor tu. Hehe.

KLX150


Harap-harap ler aku dapat motor baru tahun depan. Tak lama lagi aku dapat lesen! =D

Monday, October 3, 2011

Nyamuk oh Nyamuk

Hellooowp! Sekarang aku nak cakap sesuatu. Tau tak apa dia? Tak la bukan pasal pisang goreng setengah masak. Bukan pasal nenek korang. Bukan pasal makhluk planet Marikh yang terdampar kat Pulau Semut Besar dan bukan juga tentang orang yang tertelan handphone. Apa? Ingat tak ada ke orang yang boleh tertelan handphone? Ada la. Cuba tanya orang. Tanya la orang.. Sesiapapun yang penting dia tu manusia. Eh aku ni mengarut sampai cerita orang tertelan handphone ni pesal? Cerita pasal telan-telan ni sebenarnya tadi aku tengah nyanyi dengan suara aku yang merdu ni. Malangnya ada seekor makhluk yang tak diduga masuk ke dalam mulut diriku ini masa aku tengah nyanyi high note. Aku tengah tarik suara aku dengan setarik-tarik yang mungkin yang boleh ditarikkan tiba-tiba ada la nyamuk yang tak boleh blah ni masuk dalam mulut aku sampai la ke tekak. Terbatuk-batuk daku. Huhu.

Kebelakangan ni makin banyak la nyamuk kat rumah aku ni. Masa aku tengah taip entry ni pun aku tengah tergaru-garu sebab kene gigit nyamuk. Buset punya nyamuk. Sorry ler entry ni penuh dengan complain aku kat nyamuk. Dah aku bengang sangat kat nyamuk. Berapa hari aku tak cukup tidur hah nyamuk? Sampai lebam mata aku tak cukup tidur nyamuk oi. Tak apa ko nyamuk. Nanti aku cipta Anti-Mosquito Laser Beam biar nyamuk-nyamuk sekalian akan diancam kepupusan. Mampus kau nyamuk.

Wednesday, September 21, 2011

Cara-cara mengatasi alahan (allergy)

Ada tak sesape yg mengalami alahan macam aku ni? Aku rasa hampir semua orang ada allergy especially kat debu. Kalau aku terhidu debu sikit je pun mesti bersin sampai beribu kali. Kalau korang bersin-bersin bila dekat dengan benda-benda macam habuk rumah, debunga, bulu(dari bantal), kapuk, bulu haiwan & apa2 je benda yg buat korang bersin sampai tak ingat dunia alamatnya alahan la tu. Kalau alahan ni dibiar je lama-lama saluran pernafasan, penghadaman & sistem imuniti jadi lemah. So, aku kat sini nak share sikit tips yg aku dapat dari buku Food Encyclopedia by Carlson Wade.


  1. Makan bawang putih
Makan bawang putih tu jangan la telan sebiji camtu. Mula-mula seulas bawang putih tu kena potong dulu kecil-kecil. Pastu campur kat dalam salad sayur-sayuran(dalam masakan pun boleh). Letak mayonis kat dalam salad sayur-sayuran tu biar rasa dia lebih umph! Memang nyedap la.

    2.   Basuh cadar atau sarung bantal.

Kepada sesiapa yg malas sangat nak basuh tu memang aku dah tak boleh tolong dah. Tapi takkan letak kat washing machine pun susah? Hehe. Lagi satu, bila basuh tu jangan guna deterjen banyak sangat sebab deterjen pun boleh menyebabkan alahan. 

    3.   Hindari atau tutup mulut,hidung & mata apabila menggunakan produk semburan atau bahan kimia.

    4.   Hindari daripada orang yang menghisap rokok.

Ada kajian yg menunjukkan orang yang tak merokok berkemungkinan besar alah kepada asap rokok.

Friday, September 16, 2011

Munchy's tak halal?

Semalam masa rehat kat sekolah ada seorang kawan aku ni cakap yg produk munchy's ni tak halal. Buset! Aku baru je nak beli masa tu.  TAPI jangan risau ya kawan-kawan. Munchy's tu masih disahkan halal oleh JAKIM. Hari ni aku baru je baca surat khabar Sinar yg munchy's tu halal & SMS tentang dakwaan munchy's tu ada arak hanyalah bohong belaka. Yay! Haha. Dah la munchy's tu sedap. Ini la SMS yg dah disebarkan kepada pihak ramai berkenaan munchy's yg telah dicampur arak.

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)
Sumber lain yg menyatakan Munchy's masih lagi disahkan status halalnya oleh JAKIM. Harian Metro.



Kepada sesiapa yg percaya benda ni bujur-bujur memang aku gelak la. Search la kat internet cari betul atau tak benda ni. Kalau tak ada internet tu baca la surat khabar. Ni tak. Facebook je siang malam. Lagi satu macam mana ada orang boleh percaya SMS tu? Dia cakap serbuan tu kat batu pahat. Tapi maklumat tu dapat dari JAKIM Putrajaya? Haha. Lagipun mana ada JAKIM Putrajaya, JAKIM Seremban etc? JAKIM tu kan se-Malaysia. Adoi.. Orang yg hantar SMS ni lagi la tak sekolah. Kui kui kui.



 

Wednesday, September 14, 2011

Lagi gambar tak boleh bla

Hello hello! Aku baru berada di ambang patah hati masa tu. Sebab tu aku malas nak update blog. Dan oh yeah internet aku baru kembali ke tahap normal!! Tapi tetap kena guna sikit-sikit sebab nanti quota habis. Huhu.. Tanpa membuang masa aku sajikan beberapa gambar tak boleh bla yg aku baru jumpa.

Aku pun tak pasti samada dia yg terkejut atau aku yg sepatutnya terkezut tengok gambar ni.

Kalau handle basikal tu dah camtu tau2 je la apa yg terjadi seterusnya..yummy sedapnya jatuhan dia.

Liga bola sepak swimsuit antarabangsa kot?

omakopocot miley angkat gunung!(melatah)

Gambar-gambar tak boleh bla sebelumnya: Tak boleh blaa

Berpada-padalah menggunakan internet

Thursday, September 8, 2011

Ada hantu di klip video Malaysian Boy??

Sekarang ni tengah hangat diperkatakan yg ada penampakan hantu kat video klip tu. Aku langsung tak perasan la dalam klip video tu ada 'benda' masa aku post klip video Malaysian Boy kat blog aku. Ada penampakan sesosok makhluk berkain putih & berambut panjang kat 0:41-0:43. Tumpukan perhatian kat sebelah kiri sekali.


TAPI bagi aku la kan. Entah la macam tak percaya je benda tu hantu. Gila terang la hantu tu. Nape tak ada ciri-ciri transparency dia? Nampak macam manusia ada la. Mungkin tu pelakon sesat mana entah kot dia gi masuk masa tengah shooting. Hehe. Tapi kalau korang anggap tu hantu aku tak kisah. Lain orang lain pendapat. =)

                                                            (sekadar gambar hiasan sahaja)

Sunday, July 10, 2011

P1Wimax Laju Wooo!

Title kat atas tu hanya tipu belaka. Line akhir-akhir ni macam tut la. Malah bukan kebelakangan ni je. Sebenarnya da lama dah speed dia camni. Buffer video kat youtube yang berdurasi 3 minit pon sampai besok baru full. Kalau download lagu tu tak payah cakap la. Sampai berabad baru dapat download.

Mana janji manis korang wahai pihak P1Wimax? Kata coverage area meliputi seluruh semenanjung Malaysia. Aku tinggal kat PJ yang bersebelahan dengan KL pun  speed macam kura-kura tengah beranak( Aku tau la kura-kura bertelur.. So what? )

Kepada sesiapa yang ingin atau bakal melanggan P1Wimax aku nasihatkan janganlah. Baik korang pilih syarikat internet yang lebih stabil sebab P1 ni syarikat internet yang baru bertapak kat Malaysia.

Aku baru buat speed test untuk connection aku and kelajuan download dia 0.25 mbps manakala kelajuan upload dia cuma 0.10mbps? ! WTH?

 *Aku terpaksa la main game Plants vs Zombies sementara nak tunggu line dia okay lagi. Sob sob..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...