Saturday, November 11, 2017

Macam mana nak melabur?

Korang ada duit lebih? Bagus! Ada hutang tak? Kalau ada hutang tu sedar-sedar la skit lunaskan dulu mana tau esok da mampus biar tak pening-pening sangat. Hutang yang aku maksudkan ni bukan hutang PTPN atau hutang rumah ye sebab hutang-hutang tu merupakan pelaburan gak. Korang ada duit lebih dan takde hutang? Bagus sangat sangat. Kalau korang dalam kategori ni, eloklah start melabur.

Aku cadangkan sesiapa yang nak mula melabur ni, labur la dengan cara paling selamat. Ok sebelum start, aku terangkan dulu ada tiga tahap risiko dalam pelaburan; selamat, sederhana ngan risiko tinggi. Semakin selamat pelaburan, semakin rendah pulangan dia tapi korang akan tetap dapat keuntungan walaupun sikit. Sama gak semakin tinggi risiko pelaburan, semakin tinggi pulangan dia walaupun kadang korang akan hilang duit pelaburan tu. Pelaburan risiko tinggi ni korang kena pandai bab analisis fundamental, teknikal, kena faham perkataan-perkataan pelik dalam kewangan ngan kena pandai analisis trend. Kalau korang baru start melabur tak payah dulu la terjun bab ni, baca buku dulu, buat kajian semua. Jadi aku terangkan melabur cara selamat dulu. Gerenti dapat untung punya.

Lagi satu, keuntungan pelaburan ni biasanya ditunjuk berdasarkan peratus dalam setahun. Maknanya kalau korang melabur RM2,000 pastu peratus keuntungan atau pulangan dia 5%, keuntungan korang akan dapat RM100 ( RM2,000 x 0.05 = RM100 ) dalam setahun. DIJAMIN akan dapat. Tak payah cari orang, tak payah buat kerja apa-apa. Duduk rumah goyang kaki je. Macam ayat MLM plak kikiki. Tapi ni bukan MLM, ini 100% legitimate dan sah di sisi undang-undang. Macam mana tu?

Ok, korang ada RM2,000. Nak buat apa dengan duit ni? Ada dua cara:

1.  Fixed deposit

Setiap bank ada tawarkan khidmat fixed deposit tak kisah la Public Bank ke Maybank ke. Korang cuma perlu pergi kat cawangan bank terdekat pastu campak duit dalam tu. Bukan campak gi teller bank atau ATM ye. Tanya dulu pegawai bank, terangkan kat dia yang korang nak melabur dalam fixed deposit. Setiap bank ada kadar pulangan tersendiri, biasanya 3% dan ke atas. Boleh cek kat sini kadar bank tu. Contoh Affin Bank tawarkan pulangan 3.8%, maknanya dalam setahun korang bleh dapat untung RM76 dengan RM 2000 tu (RM2,000 x 0.038). Sikit sangat? Aku akan terangkan lebih lanjut kat bawah. 

2. Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Korang yang bumiputera tu tung laa boleh dapat pulangan yang lagi tinggi sebab lahir dalam keturunan yang bertuah kikiki. Aku takleh la aku bukan bumiputera. So da ada peluang buat untung lagi tinggi jangan buat bodo je, amik peluang ni untuk melabur. Sebab kadar pulangan dia agak tinggi tau, 6% hingga 8% secara purata. Maknanya kalau korang melabur RM2000 tu korang akan dapat RM140 dalam setahun. DIJAMIN! Camne cara dia? Korang boleh pergi cawangan ASNB atau Maybank, CIMB atau pejabat pos pastu tanya pegawai kat kaunter tu cakap yang korang nak melabur dalam Amanah Saham Bumiputera. Nak info lebih lanjut klik sini.

Apa? Sikit sangat keuntungan dia? Aku kan dah cakap ini cara pelaburan yang paling selamat, sikit-sikit untung dia pun korang gerenti mesti dapat untung punya la. Lagipun, kalau tak cukup gak keuntungan tu boleh la tingkatkan duit pelaburan tu. Obviously, lagi banyak duit pelaburan korang, lagi banyak ler untung yang korang dapat. Contoh kalau korang melabur RM50,000 korang boleh dapat untung dari fixed deposit Affin Bank sebanyak RM1900 (RM50,000 x 0.038) atau bleh dapat RM3,500 (50,000 x 0.07) dari Amanah Saham Bumiputera. Kalau melabur RM1 juta, bleh dapat RM38,000 setahun, itupun kalau ko ada duit satu juta la kahkahkah. 

Dari situ aku nak cerita skit, kadang-kadang ada je orang terlebih kaya ni dia ada duit berjuta-juta dia dah boleh berhenti kerja tapi duit dia tak akan pernah habis sampai la dia mampos. Sebab kalau dia ada RM 2 juta dia boleh dapat RM76,000 dalam setahun dari fixed deposit. Keuntungan dari fixed deposit tu ada banyak pilihan boleh dapat setiap bulan tau bukan setiap hujung tahun je. So satu bulan dia akan dapat RM6300+, tanpa buat kerja apa-apa. Huhu kalau la aku kayaaa.....





Macam mana nak jadi akauntan?/ Kerjaya sebagai akauntan

Lama betul aku tak post kat blog ni, otak pun dah berkarat setebal 2 inci setengah. Nak cari butang untuk click new post pun ambil masa 3jam seminit. Apapun, sekarat-karat mana otak aku dan selembab mana minda aku, sekurang-kurangnya pengalaman aku dah pun meningkat ke takuk yang lebih tinggi. Pengalaman yang aku maksudkan adalah berkaitan dengan pelajaran, kemahiran sosial, kemahiran tackle awek, dan sebagainya. Sedikit sebanyak pengalaman aku ni aku nak juga share macam mana nak jadi akauntan.

BTW aku baru habis belajar kat UCSI University, BA (Hons) Accounting & Finance. Memang sebelum ni post aku semua tentang science stream, course science (Dietetitian) dan sebagainya. Jangan tanya kenapa aku boleh melencong jauh pergi accounting ler memang lumrah hidup kena pandai adaptasi huehuehue. Sekarang ni, aku kerja kat salah satu bank terkemuka kat Malaysia.

With that being said, aku tak halang sesiapa yang nak berkecimpung dalam kerjaya science. Sebab science lah pemangkin bagi kerjaya-kerjaya lain. Tanpa science tak ada produk baru yang dicipta. Tanpa produk baru, tak ada usahawan. Tanpa usahawan tak ada syarikat. Tanpa syarikat tak ada lah pihak yang ambil orang bekerja sebagai akauntan dan sebagainya.

Jauh betul aku ber pot pet. Kembali ke topik asal. Macam mana nak jadi akauntan ni? Ada beberapa cara. Lepas ko abis SPM ko boleh ambil:

1. Degree dalam Accounting.

Of course korang kena ambil pra-universiti dulu sebelum masuk degree (diploma, foundation, form 6, asasi, a-level etc). Lepas tu baru boleh study degree dalam accounting, biasanya ambil masa 3 hingga 4 tahun untuk habis. Lepas graduate degree tu korang boleh je terus kerja kat syarikat perakaunan (KPMG, EY, PwC, Deloitte) sebagai auditor ataupun tax accountant. Tapi dalam masa yang sama korang akan "dipaksa" oleh syarikat tu untuk sambung accounting professional paper (ACCA/CPA). Korang akan dapat pengecualian atau paper exemption sebab korang dah ada degree dalam accounting jadi biasanya korang akan terus boleh ambil tahap 4 punya kertas ACCA. Sebenarnya, tanpa professional paper korang boleh je kerja kat syarikat tu, tapi korang akan sentiasa terperangkap kat level senior atau assistant manager dan tak boleh naik pangkat seterusnya selain gaji korang pun akan lebih rendah berbanding rakan-rakan sejawat yang lain. Tapi jangan risau, banyak juga orang yang tak ambil professional paper ni, ye la pishang kot ko dah study untuk degree pastu kena ambil paper lagi tak ke gila? So, aku akan terangkan lebih lanjut pasal sesiapa yang malas ambil paper tu

2. Professional paper.

Lepas SPM boleh terus ambil paper ACCA. Disebabkan korang terus melompat dari SPM terus ke ACCA, korang kena ambil 14 paper keseluruhannya, kesemua 4 tahap kikiki. Gila babeng la hahah. Kertas paling senang, tahap 1, sampailah yang susah, tahap 4. Lepas korang lulus semua paper tu, korang boleh kerja kat syarikat perakaunan sebagai auditor atau tax accountant.

AKAN TETAPI, dalam kedua-dua cara ni, korang masih belum rasmi bergelar sebagai accountant.  Mak atau jiran korang memang akan anggap korang dah berjaya sebagai akauntan la kan, mana taknya dah ada degree in accounting, ada professional qualification dah tu kerja syarikat perakaunan lagi. Tapi mengikut undang-undang korang masih belum dianggap sebagai chartered accountant. Korang kena ada experience kerja sebagai accountant tak kisah la dalam audit ke, tax ke, atau accountant dalam bank sekalipun asalkan sekurang-kurangnya pengalaman kerja tu 3 tahun. Baru korang boleh secara rasmi bergelar sebagai accountant.

Kepada sesiapa yang malas tak nak ambil professional paper lepas habis degree, tak ada masalah. Korang masih boleh kerja kat hampir semua syarikat yang ada kat muka bumi Malaysia ni. Dari bank sampailah syarikat jual selipar jepun, semua perlukan graduate yg ada degree dalam accounting. Selalunya korang akan kerja kat bahagian finance. Tapi tak jarang juga korang akan dapat kerja department lain macam compliance, financial reporting, internal audit dan sebagainya.

Sekarang masuk topik yang yang ditunggu-tunggu. Gaji untuk fresh grad camne? Kat syarikat Big 4 accounting (KPMG, EY etc) biasanya RM2,800. Untuk syarikat bukan accounting macam Public Bank pun RM2,800, CIMB RM3,000, RHB RM3,000. Gaji ni tak tentu, dia bergantung industri, jenis syarikat (MNC, tempatan etc), department dan sebagainya. Untuk syarikat kecil biasanya 2,000 hingga 2,500. Kalau korang dapat kurang dari jumlah tu, baik cari company lain. Ini gaji permulaan je, kalau korang dah ada 5 tahun pengalaman gaji tu boleh sampai RM5,000 dan ke atas.

Aku ada update post baru untuk jawab persoalan lazim tentang kerjaya sebagai akauntan. Korang boleh click kat sini (Soalan Lazim Tentang Kerjaya Akauntan)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...