Tuesday, July 31, 2018

Temu duga/Interview/Permohonan Kerja - Public Bank Management Trainee

Hellooooo. Setelah berabad lamanya aku tak update blog ni, akhirnya terdetik juga untuk post sesuatu kat blog yang dianaktirikan ni huhu. Mana taknya aku sibuk dengan main csgo, tengok running man, dengar kpop kehidupan seharian aku. Aku sebenarnya baru habis belajar, course aku Accounting & Finance. Sebelum ni aku intern kat CIMB, habis internship aku apply nak jadi staff permanent kat sana kena reject mentah-mentah sebab takde completion letter huhu. Aku try la apply syarikat besar lain tapi semua reject gak. Frust gila. Daripada menganggur aku kerja la kat audit firm berdekatan dengan rumah aku ni. Audit firm ni kecik je, ada 6 staff, 1 manager, 2 partner. Dia tak kisah pun aku takde completion letter. So aku kerja la kat situ dulu..

Panggilan interview

Jun 2018 aku dapat completion letter, apa lagi bagai nak rak aku apply merata tempat. Salah satunya aku apply kat Jobstreet untuk jawatan Management Trainee Public Bank. Tak ingat bila aku apply tapi dalam awal bulan Jun. Tunggu punya tunggu 27 Jun HR diorang call aku. Diorang tanya aku dah habis belajar belum, CGPA aku berapa, result MUET aku berapa. Kepada sesiapa yang pointer CGPA bawah 3.0 dengan result MUET bawah band 4, agak susah la untuk lepas. Hari yang sama gak dia hantar email untuk interview kat HQ Public Bank. Tarikh interview aku 3 Julai 2018.

Email dari HR
Interview

3 Julai aku pergi la Menara Public Bank kat Jalan Ampang. Aku agak terbiasa dengan Menara Public Bank sebab dah beberapa kali aku menjejakkan kaki kat tempat ni. So aku daftar sebagai visitor dulu kat receptionist ground floor, lepas dapat tag visitor aku naik tingkat 11. Tingkat 11 ada receptionist lain, aku cakap kat dia nama aku siapa and aku datang untuk interview. Pastu dia minta salinan resume ngan transcript aku, dia bagi borang untuk aku isi, and suruh aku duduk. Aku pun duduk la and isi borang tu kat ruang tunggu. Kat ruangan ni banyak calon-calon lain. So boleh la borak-borak dulu ngan diorang. Tapi aku tak borak la sebab aku shy shy cat ehe. Tak lama lepas tu aku kena panggil. Aku la calon pertama kena panggil di antara lebih kurang 30 orang calon. Pergh nasib baik aku tak pergi tandas ke apa time tu. Aku masuk bilik interview, aku nampak ada dua orang HR, dua-dua perempuan. Diorang minta borang yang aku kena isi tadi, pastu suruh aku duduk. Lepas tu mula la sesi interogasi soal jawab. Aku rumuskan kat bawah soalan apa yang diorang tanya:

  • Tell me about yourself. 
  • Aku intern kat KPMG ngan CIMB so diorang tanya What did you do during your internship in KPMG and CIMB?
  • Please explain your role in your current firm. 
  • Why do you want to join Public Bank?
  • What three department or function within Public Bank that you prefer? Rank from highly preferred to least preferred. Aku jawab dalam urutan Internal Audit, Credit Analyst, Admin.
  • Tell me about your strength and weakness
Seingat aku soalan diorang berkisar tentang soalan-soalan kat atas tu je la. Diorang akan tanya lebih mendalam lagi contoh la untuk soalan Why do you want to join Public Bank kalau korang dah kerja diorang akan tanya lagi Why do you want to leave your current firm? So bersiap sedia la untuk soalan-soalan yang tak diduga hihi. Kat penghujung interview diorang akan tanya Do you have any questions for us? Tanya je soalan kat diorang sebab benda ni tunjuk yang korang berminat nak kerja situ. Macam aku, aku tanya Is there a high possibility that I can get the job that I prefer? Pastikan tanya sekurang-kurangnya 1 soalan. Tapi jangan tanya soalan bodo hihi. Lagi satu, nervous atau gagap tu perkara biasa, menunjukkan yang korang tu manusia normal, robot je yang tak rasa nervous. Tapi pastikan korang jawab soalan dengan jujur, jangan tipu-tipu, HR ni dah interview bermacam kerenah orang, dia faham sangat dah perangai orang.

Post-interview

Peluang korang dapat tawaran adalah tinggi bila diorang call korang dalam 3-7 hari lepas interview tu. Diorang akan tanya okay tak kalau kerja kat branch "C", nak tak kalau kerja department "A" etc. So aku dapat call lepas 3 hari. Diorang tanya semua tu, aku iye kan je semua hehee. Asal diorang tak letak aku kat sales sudah, sales aku memang takleh jalan. Lepas tu diorang suruh isi borang statutory declaration and minta contact reference. Aku bagi contact Manager aku. Manager aku ni muda, chill je orangnya so bagi je la. So diorang call Manager aku, confirm pasal betul ke aku kerja kat audit firm dia, aku kerja ok tak etc. Manager aku ni baik sangat dia bagi review bagus-bagus je. Rasa nak je aku rasuah belanja dia ciken cop.

Pre-employment medical checkup

Dalam 20 Julai camtu aku dapat call diorang offer aku department Hire Purchase, kerja lebih kurang loan processing camtu la. Tapi diorang takleh bagi offer letter sebelum aku buat medical checkup. So aku pun set 24 Julai untuk medical checkup. Medical check up kena datang HQ dulu, pergi tingkat 11, amik sampul surat dari HR. Pastu HR akan suruh pergi klinik dalam Menara Ambank, dekat je dengan Menara Public Bank, dalam 300 meter camtu. Medical checkup ni ada ujian air kencing, ukur tinggi/berat, ujian penglihatan, x-ray dengan tekanan darah. Takde ujian darah, takde ujian lain. Lepas dapat medical report pergi Menara Public Bank, naik tingkat 11 lagi and bagi report tu kat HR. Pastu HR bagitau yang diorang akan call lagi dalam 2-3 hari waktu bekerja

Offer letter

Aku dapat call untuk amik offer letter kat HQ lepas 3 hari. Sampai je kat sana HR bagi aku offer letter and suruh aku sign. Lepas tu dia terangkan la apa yang aku kena buat lepas ni, kena lapor diri bila, lapor kat siapa etc. 


So aku akan start kerja 3 September 2018, kat department Hire Purchase. Aku prefer credit analyst tapi dapat Hire Purchase, lebih kurang gak la sebab kerja ni berkaitan credit analyst gak cuma credit analyst biasa proses loan bisnes, tapi aku akan proses loan kereta. Berdebar gak nak start kerja. Takut, excited semua ada. Harap-harap la dapat bos yang okay. 

Itu je la pasal job application management trainee Public Bank ni. Aku share benda ni sebab nak bagi pencerahan proses job application ni. Punya la susah cari info pasal benda ni. So aku harap benda ni dapat sedikit sebanyak membantu korang. Kalau ada apa-apa soalan shoot je. Boleh tanya/komen kat bawah tapi aku jarang buka blog so cara lain whatsapp je aku kat 014-2372371. Aku kadang reply lambat tapi aku akan tetap tolong jawab sebaik yang boleh. Good luck for your job application! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...