Thursday, September 19, 2019

Soalan-soalan Lazim Tentang Kerjaya Sebagai Akauntan


Dalam penulisan "Macam mana nak jadi akauntan" sebelum ni banyak persoalan yang diajukan oleh para pembaca tentang kerjaya sebagai akauntan. So kat sini aku nak bagi pencerahan untuk soalan-soalan tu yer

1.       Jadi akauntan kena pandai math ke?

“Jadi akauntan kena pandai math”. Ini antara misconception yang sering diutarakan ramai orang. Sebenarnya jadi akauntan tak perlu pandai math. Math yang aku guna kat university dulu cuma basic math macam tambah, tolak, darab, bahagi. Walau untuk subjek finance yang advanced sekalipun math dia taklah susah sangat sebab korang cuma perlu ikut formula sedia ada. Lagipun semua pengiraan kitorang pakai calculator, tak pernah congak pakai otak. Sejak aku kerja sebagai akauntan ni lagi laaa simple penggunaan math dia. Setakat ni tak pernah lagi pakai formula-formula rumit. Cukup tambah tolak darab bahagi. Lagipun kebanyakan pengiraan kitorang pakai formula Excel untuk generate.

Nak ikutkan akauntan ni sebenarnya lebih cenderung kepada law berbanding math. Sebab kitorang kena familiar dengan undang-undang berkaitan Company Law, Business Law, Malaysian Financial Reporting Standards, dengan Tax. Dalam bidang audit & tax sangat dititikberatkan untuk penyediaan penyata kewangan dan pembayaran cukai ikut spesifikasi undang-undang.

2.       Boleh ke jadi akauntan kalau SPM/ Pra-U aliran science atau lain aliran?

Boleh. Aku dulu SPM aliran science. Even Pra-u pun science. Tup tup degree amik accounting. Tapi ni untuk university swasta yer. Kalau university kerajaan boleh ambil aliran science untuk SPM tapi untuk pra-u rasanya kena amik aliran berkaitan akaun juga macam asasi perniagaan dan seumpama dengannya.

3.       Gaji akauntan berapa?

Secara umum, korang akan ada pilihan untuk kerja kat 3 jenis syarikat iaitu syarikat kecil, sederhana & besar. Obviously, syarikat besar akan bagi gaji lagi tinggi. Aku dah kerja kat ketiga-tiga jenis syarikat ni, so anggaran gaji yang aku boleh simpulkan adalah seperti berikut:

·         Syarikat kecil
o   Contoh: Philip Wong & Co, Raja Saleh Lim & Co
o   Lingkungan gaji: RM2,000 – RM2,500
·         Syarikat sederhana
o   Contoh: YYC, WTA
o   Lingkungan gaji: RM2,500 – RM3,000
·         Syarikat besar
o   Contoh: KPMG, Deloitte, CIMB, Ambank
o   Lingkungan gaji: RM2,800 – RM3,500

Gaji-gaji ini merujuk kepada gaji fresh grad/ junior executive untuk degree atau ACCA yer. Kalau untuk diploma aku tak pasti. And kalau korang ada experience lebih, boleh demand lagi tinggi. Dulu aku pernah nampak slip gaji ex-manager aku, company kecil, gaji dia RM5,500. Dia dah ada pengalaman 7 tahun dalam bidang accounting, tapi takde ACCA. Korang boleh agak sendiri la gaji berapa untuk company besar macam CIMB tambah pula kalau ada ACCA, rasanya boleh cecah RM7,000 lebih untuk 7 tahun experience.

4.       Akauntan kerja dia boring ke?

Ya dan tidak. Sebab benda ni subjektif bergantung kepada individu dan jenis pekerjaan accounting tu sendiri. Ramai orang ingat akauntan ni kerja setakat taip-taip nombor untuk buat penyata kewangan. Sebenarnya bidang accounting ni sangat luas. Ada audit, tax, financial reporting, financial analysis dan sebagainya. So kalau korang buat financial statement just taip je bulat-bulat number dalam document ke system mungkin kerja tu agak boring, Kalau korang kerja audit kena banyak travel, jumpa dan interact dengan client, mungkin kerja korang agak menarik.

Sekian penjelasan aku tentang soalan-soalan lazim tu. Kalau ada apa-apa pertanyaan lain, jangan segan silu komen yer.

26 comments:

  1. Perkongsian yg menarik.bidang audit menarik sebab travel je 😅, tpi cmne pulak kalau kita kerja bidang account jgak but kat syarikat luarnegara ? Means kena jadi warganegara kat sana ke camna

    ReplyDelete
  2. nk tanya,kalau lah kita ni dari course lain waktu diploma, tapi untuk degree nak ambik accounting boleh ke, sbb memang nak sangat. dulu spm ambik account.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sebenanye cuma jangka masa degree tu akan jadi lebih pnjang. Cnthnye

      Kalau dah ada diploma in accounting mungkin jangka masa degree hnya 3 tahun

      Kalau yg belum ada diploma in accounting mungkin jangka masa degree 4 tahun

      Tu je beza dia. Jadi kalau teringin sngt² nk ambik degree account. Ambik je, jngn sia2 Kan minat kita. Sy nk suggest la, kalau teringin nk ambik degree account jom sambung bljr di kptm bangi atau University Poly-Tech Mara. Kalau nk tahu lebih lanjut blh hubungi / dm sy di ig sy one_alif_

      Delete
  3. Saya nak tanya kalau kita leoasan diploma akaun kat UITM tapi tak dapat sambung degree kat UITM , ada tak universiti lain yg kita boleh mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Boleh je sebenanye nk mohon University mana² pun, cuma atas usaha n minat kita. Kalau Tak boleh masuk yg IPTA blh smbung bljr di IPTS. Cnthnye KPTM BANGI atau University Poly-Tech Mara. Sy suggest utk ambik degree account kat situ. Kalau berminat nk join blh hubungi / dm ig sy one_alif_ . InsyaAllah sy blh jelaskan dgn lebih lanjut.

      Delete
  4. dalam pra U, perlu ke kita ambik subjek math? kalau taknak takpe ke?

    ReplyDelete
  5. saya nak masuk IPTA ambil bidang accounting & finance tapi saya confuse samada nak ambil islamic finance atau finance je. Boleh tolong suggest kan which one better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk suggest sebenanye dua² bagus n terbaikk tapi sebaik²nye kita tnya diri kita.

      First : Islamic finance akan bljr details berkaitan kewangan Islam

      Second : finance akan bljr details berkaitan kewangan tetapi kewangan islam tidak belajar detail seperti Islamic finance.

      Kalau sy.. InsyaAllah sy suggest Islamic finance sbb kebanyakkan negara bukan Islam menggunakan sistem kewangan Islam krana lebih Telus n baik sbb tiada riba n sebagainya.

      Akan tetapi finance pun apa kurangnya sbb kedua²nya sngt bagus berkaitan kewangan cuma Islamic finance cerita details lgi tntg kewangan Islam.

      Delete
  6. Mcm mana kehidupan seorang akauntan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan seorang akauntan bergantung jenis profession akauntan tu. Contohnya auditor mungkin agak sibuk/tertekan dengan beban kerja. Tapi rata-rata akauntan hidup dengan selesa.

      Delete
  7. Kerja sbg akauntan sibuk dia mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung jenis akauntan tu. Kalau auditor di Big 4, sangat sibuk. Kalau akauntan di industri/komersial, beban kerja tak terlalu tinggi

      Delete
  8. subjek apa yang kena amik waktu pra-u/tingkatan 6 untuk jadi akauntan??

    ReplyDelete
  9. Sy dah ade degree in electronic engineering, tp bila dah graduate, minat sy dah berubah kpd bidang accounting. Apa cara yg wajar/betul utk brtukar bidang ke accounting ye? Try to work as an accountant first, then proceed to ACCA or any other way? Thanks in advance. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digalakkan untuk ambil professinal qualification mcm ACCA/ICAEW/CPA. Banyak orang yang bukan aliran akaun tapi ambil professional qualification untuk memudahkan bertukar bidang ke accounting. Agak susah kalau takde background belajar akaun untuk diterima kerja dlm bidang akaun

      Delete
  10. Saya dah ada pengalaman kerja lebih 3 tahun kat small firm (NF). Sekarang tengah ambil degree part-time. Nanti dah grad, saya perlu kerja lagi 3 tahun atau boleh guna pengalaman 3 tahun kerja sedia ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau small firm tu diiktiraf MIA, pengalaman kerja 3 tahun itu boleh diterima pakai

      Delete
  11. Salam, pada pndpt awak, wanita sesuai tk jdi akauntan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa tidak? Pada pengalaman saya, lebih ramai perempuan di department accounting berbanding lelaki, dan secara jujur perempuan rata-ratanya lebih teliti berbanding lelaki dlm mengurus operasi akaun

      Delete
  12. as science stream student masa spm, susah ke accounting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pun. tp akaun tu minat sy. apa2 yg kita minat akan menjadi mudah

      Delete
  13. hi dan salam nk tnya .. saya ada baca blog awk yg menarik minat saya .. saya study diploma acc dh nk habis lagi 2 sem je lagi .. nk tnya base on ur experience, boleh cadangkan tak any firm yg baik untk saya buat internship untuk sem akhir saya.. sbb sya rasa internship sngt penting untk my experince and my future life in acc nnti .. harap dapat mmbntu

    ReplyDelete
  14. Kalau degree finance boleh apply kerja akauntan ke

    ReplyDelete
  15. hai nak tnya pendapat better ambil ACCA lps hbis phd atau ambil ACCA before phd? terima kasih :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, nak tanya. Adakah boleh seseorang itu menjadi chartered accountant jika dia mempunyai pengalaman 3 tahun tetapi tidak mengambil acca?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...