Sunday, October 23, 2011

Pegawai dietetik / Dietitian

Post kali ni aku nak share informasi tentang dietitian atau dalam bahasa melayunya pegawai dietetik. Kepada sesiapa yang tak minat pekerjaan ni sila blah (kalau nak baca pun boleh). Hehe. Dietetian ni pekerjaan dia melibatkan penjagaan kesihatan secara profesional yang menekankan tentang pemakanan & nutrisi yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Pilihan kerjaya aku yang pertama untuk jadi dietitian la sebab aku memang terer tahap dewa dalam chapter Nutrition. Hahaha (gelak syok sendiri). Tapi kalau nak belajar kat universiti kena ada pengetahuan atau result yang bagus dalam Biology(sudah semestinya) & Chemistry. Physics tak penting sangat tapi cikgu aku cakap kalau nak belajar sekali pun boleh. Course yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran kat universiti ialah Nutrition & Dietetics, Nutrition & Food Science ataupun yang seangkatan dengannya. Korang boleh sambung belajar kat UKM, UIA, IMU atau universiti-universiti yang ada course-course kat atas.

Dietitian sebenarnya terbahagi kepada 9 iaitu :-

  1. Clinical dietitian
  2. Community dietitian
  3. Foodservice dietitian
  4. Gerontological dietitian
  5. Pediatric dietitian
  6. Research dietitian
  7. Administrative dietitian
  8. Business dietitian
  9. Consultant dietitian

Selalunya dietitian kat Malaysia ni kerja dekat hospital. Tapi kat hospital bukan selalu ada kerja kosong untuk dietitian. So, dietitan ni boleh juga kerja as sales nutritionist, consultant kat slimming centre ataupun pegawai kawalan kualiti kat kilang-kilang makanan. Biasa kerja-kerja ni untuk graduan food science tapi kalau ada degree dietetik pun boleh juga masuk kerja-kerja ni. Sebab tengok kat jobstreet requirement dia semua ada sebut dietetik juga.
Kalau nak baca lebih specific lagi baca sendiri kat Wikipedia Dietitian


Gaji seorang dietitian

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya berapa gaji seseorang yang baru graduate dalam kerjaya ni. Berdasarkan website IMU, gaji fresh graduate ialah RM 2500 tapi gaji ni boleh berbeza mengikut syarikat sama ada syarikat kerajaan atau syarikat swasta(selalunya swasta dapat lagi banyak) Biasanya Sales Nutritionist  boleh mendapat gaji sehingga rm 5000 ke atas bergantung bonus dan insentif. Pengalaman bekerja pun menjadi faktor penting dalam penentuan gaji seseorang dietitian. Kalau Quality Assurance Officer pula gaji dia minimum 1800 basic untuk fresh grad. Kalau dah ada experience 2 tahun ke atas boleh mencapai rm3000 atau ke atas.


 


21 comments:

  1. ini blog karangn ke ape... tlg la isi bnyk skek krngn.... nk spm da nie,,, nak beli buku xmmpu,,,, bg soalan spm 2012 terus xpew,,, ejas2 skek boh....

    ReplyDelete
  2. salam. hi :)
    saya sekarang tgh study asasi sains dkt uitm puncak alam. dah nak habis dah pu. saya mmg minat nak ambil dietetik ni nanti tp boleh tak saya nak tahu kelayakan dia? average, selalunya berapa cgpa org yg study dietetik ni? hehe thank youuu :)

    ReplyDelete
  3. wasalam.. cgpa kalau tak silap minimum mesti 2.5 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh 2.5 ke? sy punya susah nk msk upm kna dpt 3.5 above tuk amik course dietetics skrg ni

      Delete
    2. Tgok la dy tahun brape ko thun brpe
      Aihhhhhhh

      Delete
    3. uni mana tu yang bagi minimum requirement for dietetics 2.5? Hahahaha maybe uni yang belakang2 kot. UPM punya requirements for dietetics mesti at least 3.5 and above and interview pun bukan soalan calang2. 4 falt students pun susah nak pass for Dietetics in UPM. UPM kan uni No.2 dalam Malaysia. Okay sekian sanjung UPM tq

      Delete
  4. sy takde basic langsung psl biology.. tp minat sgt nak jadi nutrionist,, so agak2 mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. kalau takde basic bio mungkin agak susah la.. kena struggle sikit.. sbb byk syllabus dia related dgn bio+chemistry.. tapi tak mustahil apa lagi kalauy dah ada background science macam physics & chemistry :)

      Delete
  5. salam. tumpang tanya, boleh ke dari bachelor in nutrition nak proceed to master in dietetic and nutrition?

    ReplyDelete
  6. Salam..saya sdg belajar diploma teknologi makanan di uitm..bolehkah saya smbung belajar dlm bidang dietetik smasa ijazah nnti..

    ReplyDelete
  7. salam. diploma apa lagi selain diploma sains dan diploma teknologi makanan yg layak apply utk ijazah dietetik nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bergantung kpd masing2 universiti.. tapi selalunya kalau diploma tu ada berkaitan biology dan chemistry, mereka akan terima

      Delete
  8. salam. diploma apa lagi selain diploma sains dan diploma teknologi makanan yg layak apply utk ijazah dietetik nnt?

    ReplyDelete
  9. Salam, bolehkah lulusan ijazah sarjana muda sains kesihatan pemakanan further master dalam bidang dietetik?

    ReplyDelete
  10. Hi if I want to be dietitian in future, which streams i have to take after PMR(PT3)

    ReplyDelete
  11. Hello, Apakah informasi bagi pelajar sekolah untuk Kelayakkan seseorang melanjutkan untuk menjadi DIETITIAN

    ReplyDelete
  12. saya bukan pelajar sains tulen.. boleh proceed tak?

    ReplyDelete
  13. Saya skrg pelajar tahun 1 (bachelor in nutrition). Agak2 peluang pekerjaan okay tak ye? Boleh kerja kat hospital jugak ke. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...