Saturday, November 11, 2017

Macam mana nak jadi akauntan?/ Kerjaya sebagai akauntan

Lama betul aku tak post kat blog ni, otak pun dah berkarat setebal 2 inci setengah. Nak cari butang untuk click new post pun ambil masa 3jam seminit. Apapun, sekarat-karat mana otak aku dan selembab mana minda aku, sekurang-kurangnya pengalaman aku dah pun meningkat ke takuk yang lebih tinggi. Pengalaman yang aku maksudkan adalah berkaitan dengan pelajaran, kemahiran sosial, kemahiran tackle awek, dan sebagainya. Sedikit sebanyak pengalaman aku ni aku nak juga share macam mana nak jadi akauntan.

BTW aku baru habis belajar kat UCSI University, BA (Hons) Accounting & Finance. Memang sebelum ni post aku semua tentang science stream, course science (Dietetitian) dan sebagainya. Jangan tanya kenapa aku boleh melencong jauh pergi accounting ler memang lumrah hidup kena pandai adaptasi huehuehue. Sekarang ni, aku kerja kat salah satu bank terkemuka kat Malaysia.

With that being said, aku tak halang sesiapa yang nak berkecimpung dalam kerjaya science. Sebab science lah pemangkin bagi kerjaya-kerjaya lain. Tanpa science tak ada produk baru yang dicipta. Tanpa produk baru, tak ada usahawan. Tanpa usahawan tak ada syarikat. Tanpa syarikat tak ada lah pihak yang ambil orang bekerja sebagai akauntan dan sebagainya.

Jauh betul aku ber pot pet. Kembali ke topik asal. Macam mana nak jadi akauntan ni? Ada beberapa cara. Lepas ko abis SPM ko boleh ambil:

1. Degree dalam Accounting.

Of course korang kena ambil pra-universiti dulu sebelum masuk degree (diploma, foundation, form 6, asasi, a-level etc). Lepas tu baru boleh study degree dalam accounting, biasanya ambil masa 3 hingga 4 tahun untuk habis. Lepas graduate degree tu korang boleh je terus kerja kat syarikat perakaunan (KPMG, EY, PwC, Deloitte) sebagai auditor ataupun tax accountant. Tapi dalam masa yang sama korang akan "dipaksa" oleh syarikat tu untuk sambung accounting professional paper (ACCA/CPA). Korang akan dapat pengecualian atau paper exemption sebab korang dah ada degree dalam accounting jadi biasanya korang akan terus boleh ambil tahap 4 punya kertas ACCA. Sebenarnya, tanpa professional paper korang boleh je kerja kat syarikat tu, tapi korang akan sentiasa terperangkap kat level senior atau assistant manager dan tak boleh naik pangkat seterusnya selain gaji korang pun akan lebih rendah berbanding rakan-rakan sejawat yang lain. Tapi jangan risau, banyak juga orang yang tak ambil professional paper ni, ye la pishang kot ko dah study untuk degree pastu kena ambil paper lagi tak ke gila? So, aku akan terangkan lebih lanjut pasal sesiapa yang malas ambil paper tu

2. Professional paper.

Lepas SPM boleh terus ambil paper ACCA. Disebabkan korang terus melompat dari SPM terus ke ACCA, korang kena ambil 14 paper keseluruhannya, kesemua 4 tahap kikiki. Gila babeng la hahah. Kertas paling senang, tahap 1, sampailah yang susah, tahap 4. Lepas korang lulus semua paper tu, korang boleh kerja kat syarikat perakaunan sebagai auditor atau tax accountant.

AKAN TETAPI, dalam kedua-dua cara ni, korang masih belum rasmi bergelar sebagai accountant.  Mak atau jiran korang memang akan anggap korang dah berjaya sebagai akauntan la kan, mana taknya dah ada degree in accounting, ada professional qualification dah tu kerja syarikat perakaunan lagi. Tapi mengikut undang-undang korang masih belum dianggap sebagai chartered accountant. Korang kena ada experience kerja sebagai accountant tak kisah la dalam audit ke, tax ke, atau accountant dalam bank sekalipun asalkan sekurang-kurangnya pengalaman kerja tu 3 tahun. Baru korang boleh secara rasmi bergelar sebagai accountant.

Kepada sesiapa yang malas tak nak ambil professional paper lepas habis degree, tak ada masalah. Korang masih boleh kerja kat hampir semua syarikat yang ada kat muka bumi Malaysia ni. Dari bank sampailah syarikat jual selipar jepun, semua perlukan graduate yg ada degree dalam accounting. Selalunya korang akan kerja kat bahagian finance. Tapi tak jarang juga korang akan dapat kerja department lain macam compliance, financial reporting, internal audit dan sebagainya.

Sekarang masuk topik yang yang ditunggu-tunggu. Gaji untuk fresh grad camne? Kat syarikat Big 4 accounting (KPMG, EY etc) biasanya RM2,800. Untuk syarikat bukan accounting macam Public Bank pun RM2,800, CIMB RM3,000, RHB RM3,000. Gaji ni tak tentu, dia bergantung industri, jenis syarikat (MNC, tempatan etc), department dan sebagainya. Untuk syarikat kecil biasanya 2,000 hingga 2,500. Kalau korang dapat kurang dari jumlah tu, baik cari company lain. Ini gaji permulaan je, kalau korang dah ada 5 tahun pengalaman gaji tu boleh sampai RM5,000 dan ke atas.

Aku ada update post baru untuk jawab persoalan lazim tentang kerjaya sebagai akauntan. Korang boleh click kat sini (Soalan Lazim Tentang Kerjaya Akauntan)





101 comments:

  1. Hai, untuk lepasan spm saya perlu ambil aliran apa untuk sambung asasi untuk menjadi akauntan ? Sebab saya tak jumpa aliran asasi perakaunan. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau asasi kena ambil asasi bidang perniagaan

      Delete
    2. Boleh sambung CAT which is foundation in acctg. But tkde dekat ipta hnya ada di ipts

      Delete
    3. Asslm boleh ke kalau result pt3 mt d ambik perakauan ? Please replyyy😿

      Delete
    4. Actually CAT dah ada kat Uitm Shah alam. Also kat matriks Selangor. Go for it

      Delete
    5. Assalamualaikum sya fadil ingin bertnya tntn kursus computer lvl 1 slma 2 bulan dan 4 bulan adalah praktikel adakah ltihan trsebut boleh untuk terus bekerja sbgai account tq ?

      Delete
    6. Hai. kalau dari degree nak sambung prof paper macam mana ?
      dan apa kelayakan yang perlu utk sambung prof selpas degree ?
      tq admin . muah

      Delete
  2. Terima kasih. Nk tanya masa pra universiti tak kesah nk ambik bidang ape atau wajib ambik perakaunan sbb saya dri ambik pure science masa secondary school tpi nk jdi akauntan.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama- sama. Kalau nak masuk universiti kerajaan, masa pra-u kena amik bidang yang berkaitan mcm asasi perniagaan atau tingkatan 6 aliran sastera (akaun, ekonomi etc). Tapi kalau uni swasta tak kisah sangat

      Delete
  3. Terima kasih infonya..saya amat menghargai..saya nak tahu boleh ke jadi akauntan walaupun tak ada ambil subjek prinsip perakaunan dan ekonomi masa tingkatan 4-5(spm) dan menyambung sekolah ke Pra-U dengan mengambil aliran sastera(prinsip perakaunan dan ekonomi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana dgn yang ambik diploma akauntan dkt politeknik?

      Delete
    2. macam mana dgn yang ambik diploma akauntan dkt politeknik?

      Delete
  4. Jadi accountants .. spm kena cemerlang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPM result cukup-cukup makan pun boleh, asalkan cukup syarat masuk universiti. Tapi lagi bagus kalau dapat result gempak, sebab employer akan tengok result SPM kita gak bila kita apply kerja sebagai fresh grad

      Delete
  5. kalau ade diploma sains nk ke ijazah akaun boleh ke? sy xde basic subjek akaun wktu secondary school..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...mungkin tuan/puan boleh research tentang ACCA...

      Delete
  6. max gaji akauntan boleh cecah berapa yg pernah awak dgr

    ReplyDelete
  7. Nak tanye,nk jdi akauntan tu kne wajib lulus MATEMATIK ke dlm SPM?

    ReplyDelete
  8. Nak tanye,klo nk jdi akauntan tu kne WAJIB LULUS MATEMATIK ke dlm SPM?

    ReplyDelete
  9. Prinsip akaun & math. Tam & bi kena dapat berapa kalau nak jadi akauntan

    ReplyDelete
  10. Prinsip akaun & math. Tam & bi kena dapat berapa kalau nak jadi akauntan

    ReplyDelete
  11. Kalau nk jdi akauntan... Ape aliran yg paling sesuai waktu form 4..... Ke semua pon Ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang cita-cita nak jadi akauntan masuk aliran yg ada subjek perdagangan, ekonomi, prinsip akaun. Sebenarnya tak kisah pun aliran mna waktu spm sebab ada je yg dah jadi akauntan skrg drpd aliran sains tulin spm.

      Delete
  12. Hai , nak tanya boleh ke jadi akauntan kalau hanya ambil subjek perniagaan semasa form4 & 5

    ReplyDelete
  13. kalau saya lepasan kolej vokasional amabik course perniagaan macamana boleh lagi ke jadi akauntan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Salah satu cara dgn ambil diploma accounting > degree accounting.

      Delete
  14. Nk tnya..klw spm tk amek math tam boleh ke nk smbung perakaunan

    ReplyDelete
  15. Macam mana nak jdi akauntan klau x de ambi aliran prinsip akaun or eko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Dulu sy tak ambil prinsip akaun atau eko time SPM. Lepas SPM make sure ambil pre-u yg berkaitan, contoh STPM ambil subjek akaun, ekonomi, etc. Atau ambil diploma accounting. Habis pre-u boleh ambil degree accounting

      Delete
  16. Hi..im graduated uitm in admin science. Dalm course ni, kta blajar general, includes accounting..n ive more than 3years working as account executive..so in case i nk ambk acca, how to apply?taw x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je apply sambung ACCA. Just contact ACCA Malaysia utk info. Atau pergi ke university yg offer ACCA mcm UCSI University, jumpa counselor and tanya pasal camne nak apply

      Delete
  17. Hi , kelayakan nak jadi akauntan lepasan spm kene credit jeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. credit mencukupi, tapi kalau dapat lebih daripada credit lagi bagus

      Delete
  18. Spm kene target ape eh,saye amik pure science +principles account,dn U ape yg sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just do well dalam SPM especially subject account, math, BI. Background pure science boleh masuk accounting tanpa masalah. U pula banyak pilihan, bergantung faktor budget, ranking, industrial partner. Dulu sy masuk UCSI University.

      Delete
  19. saya ada mengambil degree accounting kat open university malaysia . untuk mendapatkan pengiktirafan akauntan ,, perlukah ambil MIA ?

    ReplyDelete
  20. Hi,study CAT-ACCA ni susah tak sbb study ni tak lama kan??

    ReplyDelete
  21. Erm..nak tanyer klu x amik acca Tu gaji permulaan akan rm 2500 ke atas jugak ke..acca Tu cume untuk Naik pangkat je ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually gaji bergantung company. Selalunya company besar akan dpt gaji 2500 ke atas tanpa ACCA.

      Delete
  22. salam nak tanya kan sebelum ni dietician meaning dalam bidang sains meaning diploma cik blogger ke? lepas tu ambil deg accountant? boleh survive ke cik blogger dari dip sains melencong ke math? tak sakit ke? boleh tak bgitau mcm mana cik blogger boleh survive dalam takde basic langsung. sebab saya curious. saya pun nak buat langkah mcm tu tpi takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni ambil pre-u a-level science plan nk further study dietetics. Tapi lps buat research pasal accounting minat berubah pula. Tak susah pun tukar ke accounting. Asalkan minat ada boleh jalan. Math dia tak susah pun. Basic math je.

      Delete
  23. Kalau spm failed subjek akaun,ada peluang tak utk amik jurusan akaun lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. Masa pra-u nanti pastikan lulus dengan cemerlang subjek akaun tu :)

      Delete
  24. kalau msa pra-u tkda ambik subject acc pun boleh ke jdi akuantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau pra-u berkaitan business. Saya pra-u science tapi boleh ambil degree accounting dan sekarang saya kerja sebagai akauntan. Tapi saya masuk uni swasta, rasanya untuk uni kerajaan perlu pra-u yang berkaitan dengan accounting dan ambil subjek akaun

      Delete
  25. nk tnye,nnti temuduga nk jadi akauntan tgk pngalaman jgk kn.. pengalaman yg ade kene ade kaitan jgk kn mcm prnh jadi cashier gitu? ke x perlu sgt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk fresh grad yg apply entry level position tak perlu pengalaman pun takpe. Tapi digalakkan untuk intern dulu kat mana-mana company dalam department yang berkaitan account atau finance. Pengalaman internship ni sangat penting tonjolkan diri. Pengalaman jadi cashier rasanya tak perlu include dalam resume, unless kalau memang betul-betul langsung takde apa-apa experience baru include

      Delete
  26. Assalaikum nak tanya kalau xambik addmath boleh ke?

    ReplyDelete
  27. Assalamualikum..nak tanya kalau kerja dalam bank or accountant like you kena fasih speak english ke..sbb sy ni sngd lmah bi..kalau temuduga kerja dia interview keja kot bi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dalam industri bank atau accounting majority memang bertutur dalam bi. Even interview sekali pun. Jangan risau kalau tak fasih bi. Yang penting awk bleh sampaikan info dalam bi dah cukup. Kat tempat kerja org takde masa nk judge grammar kita betul atau tak. Diorang cuma nak tau message apa yang kita cuba sampaikan.

      Delete
    2. samalah . susah betul tak pandai bi nih . sya nak jadi akauntan jugak !

      Delete
  28. boleh share sikit perjalanan awak nak jd akauntan ni ? ambik u mane ? berapa tahun nak habis u ? umur brape baru boleh masuk kerja ? heheh sorry banyak tanye

    ReplyDelete
  29. Salam...saya nak jadi akauntan tp sy dah lari bidang sikit, igt sama tp bukan..mcm ni skrg sy baru start buat ijazah kewangan dan perbankan islam tp itu x boleh jd akauntan..jd apa sy patut buat?..tolong sy sblum sy buang masa lg bnyk

    ReplyDelete
  30. Salam... Bolehkah apply degree accounting klau tkdk basic? Saya lepasan diploma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat ke? Sebab saya pun ingat nak masuk degree akaun tapi xde basic, saya lepasan dip perbankan

      Delete
  31. Kalau tak ambik addmath mcm mna plak ..blh jadi akauntan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ambil prinsip akaun dan math dh ok..nk jd akauntan ni..pegi bidg akaun trus .....klau tk dpt ipta..ipts byk dik.........btw..jika ade adik2 nak akak share psl bidg pendikan awal kanak kanak upsi..sila wsp.akak bantu 011-16930576..nak akak advise apa apa wsp la...share aje ya..hehe

      Delete
  32. Kalau nak ambik diploma ja dalam acc boleh tak ? Tapi lepas diploma nak kerja dulu baru sambung degree . Agak agak boleh tak eh ? Sebab tersilap masuk bidang engineering pula hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. So skrg cmne smbg mane dip acc ke engineering??

      Delete
  33. assalamualaikum, boleh tak kalau saya nak interview encik untuk tugasan cuti sekolah saya? kami pelajar tingkatan empat kena buat folio kerjaya hehe. harap encik boleh bantu saya :) terima kasih

    ReplyDelete
  34. Boleh Tak terangkan lebih lanjut tentang akaun ni Saya tk fhm...

    ReplyDelete
  35. Kalau ada ACCA tapi takde degree boleh ke kerja dengan kerajaan dan GLC

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik..ACCA bole bawakkeje satu dunia..acca tu melangkau master semua..tkde dgree pun..awak ade acca bole sgt...acca tu very professional cert.......sbb tu mahai nk ambil....tp berbaloi....exam dia tk silap 20k...sbb ade kawan akak ambil.....jus share

      Delete
  36. Hello ...Cara yg Mana paling cepat utk jadi ataupun kerja sebagai akauntan

    ReplyDelete
  37. Hello. Saya tgh confuse skrg nak smbung degree dlu or truskan ambik ACCA?

    ReplyDelete
  38. Nak tanya .. Klu tak amik perniagaan time spm boleh ke amik bidang akaun kat uni nanti ? Terima kasih

    ReplyDelete
  39. Hi..saya baru form 4..waktu mula ii masuk form 4 saya nak apply kelas science tapi xdpt..cikgu bagi letak kelas account ja yg sesuai dgn result pt3 saya..banyak saya dengar orang kata kerja accountant ni stress..x ok..sekarang ni saya cuba pupuk minat saya sebagai accountant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsusah mne pun science lgi susah addmat kimia fizik gg haha

      Delete
  40. Boleh ka klw trus msuk universiti tanpa msuk pre-u?..klw boleh apa universiti yg ada kos akaun tnpa msuk pre-u??

    ReplyDelete
  41. Kalau tk ambil subjek addmath time sekolah boleh ke nk sambung bidang accounting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dik. adik boleh try apply diploma akaun, LCCI, FIA ACCA. yg penting kredit matematik.

      Delete
  42. Kalau saya lepasan diploma engineering elektronik and degree nak ambil degree perakaunan boleh ke ?

    ReplyDelete
  43. Hi mana cara akak pandai akaun boleh share..

    ReplyDelete
  44. Hi mana cara akak pandai akaun boleh share..

    ReplyDelete
  45. hi , nak tanya harap awak masih boleh jawab sebelum spm 2021 ni ahahha batch 03, kalau nak ambil course accounting ni mesti kene study kat pra-U ke? ke boleh terus masuk U ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kerja bahagian accounting, selepas SPM adik boleh apply FIA (ACCA), Diploma akaunting, LCCI, asasi akaun, matriks. Tapi kaji lah betul2 nak pilih program mana. masing2 ada kelebihan kekurangan. nak tahu lebih lanjut boleh contact akak 0187724302. i can help to explain :)

      Delete
  46. Hi. saya dari Pintar College. sekarang kami ada pr0motion utk study course FIA & ACCA. harga agak murah berbanding kolej lain. FIA setahun (all 7 papers) hanya RM 4K. Sama juga dgn ACCA papers serendah RM 650 per paper. Jika ada yg berminat utk study FIA/ ACCA boleh contact saya Ida 0187724302 🙂 boleh juga lawati FB kolej Pintar https://www.facebook.com/PintarCollegeKL

    ReplyDelete
  47. Replies
    1. Tiada had umur, yang penting cukup syarat 3 tahun pengalaman kerja akaun dgn majikan yg diiktiraf + ada professional certificate/degree yg diiktiraf MIA

      Delete
  48. Kerja accountant terjejas x waktu covid ni?

    ReplyDelete
  49. hi nak tanya, kalau waktu spm ambil subjek akaun and sambung pre u tak ambil akaun tapi ambil subjek ekonomi. disarankan atau tidak untuk sambung degree in accounting ?

    ReplyDelete
  50. SAYA ALIRAN SASTERA N SENI MASA SEKOLAH BOLEH AMBIL AKAUN TAK? NI

    ReplyDelete
  51. hi nak tanya hope dapat reply sebab masih confuse nak amik tawaran diploma pengajian perniagaan sebab dapat pilihan tu je dekat upu,boleh ke jadi akauntan kalau mcm tu? saya dapat sijil llci nak sambung akaun kalau boleh but tula tak dapat course akaun dekat upu����I'll appreciate so much if you answer my question��

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum , boleh tanya tak ? Untuk course account kat semua uni nie , memang all english ke atau half jee . Sorry tanyaa :)

    ReplyDelete
  53. Nak tanya kalau gagal mt still takde peluang untuk sambung jadi Akauntan ke ?? Tpi prinsip perakaunan kredit ...

    ReplyDelete
  54. Hi ..sy Ada diploma je..n xde pengalaman keje Dalam bidang account..kerja admin biasa je..JD ingt nk smbung n nk kje yg relate dgn pe sy blaja..klu X amik degree tp ACCA blh ke

    ReplyDelete
  55. Lepasan svm aliran pelancongan mahu ambil akauntan (degree). Boleh kh?

    ReplyDelete
  56. Sebelum ni saya pure science dan lepastu saya masuk matriks dan sekarang ni saya confuse nak mohon apa dalam upu. Saya nak jadi akauntan apa yang perlu saya buat uni apa yang sesuai. Saya ni jenis introvert dan sangat susah untuk latih bersosial dengan orang. Boleh ke saya jadi akauntan? Tolong

    ReplyDelete
  57. Hi, nak tanya. Klau lepasan Diploma SAINS dari IPTA, layak ke nak memohon ACCA ni.

    Atau perlu bermula semula ambil Diploma Perakauanan/CAT FIA, then baru boleh ambil ACCA ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...