Dalam penulisan "Macam mana nak jadi akauntan" sebelum ni banyak persoalan yang
diajukan oleh para pembaca tentang kerjaya sebagai akauntan. So kat sini aku
nak bagi pencerahan untuk soalan-soalan tu yer
1.
Jadi akauntan kena pandai math ke?
“Jadi akauntan kena pandai math”. Ini antara misconception
yang sering diutarakan ramai orang. Sebenarnya jadi akauntan tak perlu pandai
math. Math yang aku guna kat university dulu cuma basic math macam tambah,
tolak, darab, bahagi. Walau untuk subjek finance yang advanced sekalipun math
dia taklah susah sangat sebab korang cuma perlu ikut formula sedia ada. Lagipun
semua pengiraan kitorang pakai calculator, tak pernah congak pakai otak. Sejak
aku kerja sebagai akauntan ni lagi laaa simple penggunaan math dia. Setakat ni
tak pernah lagi pakai formula-formula rumit. Cukup tambah tolak darab bahagi.
Lagipun kebanyakan pengiraan kitorang pakai formula Excel untuk generate.
Nak ikutkan akauntan ni sebenarnya lebih cenderung kepada
law berbanding math. Sebab kitorang kena familiar dengan undang-undang
berkaitan Company Law, Business Law, Malaysian Financial Reporting Standards,
dengan Tax. Dalam bidang audit & tax sangat dititikberatkan untuk penyediaan penyata kewangan dan pembayaran cukai ikut spesifikasi undang-undang.
2.
Boleh ke jadi akauntan kalau SPM/ Pra-U aliran
science atau lain aliran?
Boleh. Aku dulu SPM aliran science. Even Pra-u pun science.
Tup tup degree amik accounting. Tapi ni untuk university swasta yer. Kalau
university kerajaan boleh ambil aliran science untuk SPM tapi untuk pra-u
rasanya kena amik aliran berkaitan akaun juga macam asasi perniagaan dan
seumpama dengannya.
3.
Gaji akauntan berapa?
Secara umum, korang akan ada pilihan untuk kerja kat 3 jenis
syarikat iaitu syarikat kecil, sederhana & besar. Obviously, syarikat besar
akan bagi gaji lagi tinggi. Aku dah kerja kat ketiga-tiga jenis syarikat ni, so
anggaran gaji yang aku boleh simpulkan adalah seperti berikut:
·
Syarikat kecil
o
Contoh: Philip Wong & Co, Raja Saleh Lim
& Co
o
Lingkungan gaji: RM2,000 – RM2,500
·
Syarikat sederhana
o
Contoh: YYC, WTA
o
Lingkungan gaji: RM2,500 – RM3,000
·
Syarikat besar
o
Contoh: KPMG, Deloitte, CIMB, Ambank
o
Lingkungan gaji: RM2,800 – RM3,500
Gaji-gaji ini merujuk kepada gaji fresh grad/ junior
executive untuk degree atau ACCA yer. Kalau untuk diploma aku tak pasti. And kalau
korang ada experience lebih, boleh demand lagi tinggi. Dulu aku pernah nampak
slip gaji ex-manager aku, company kecil, gaji dia RM5,500. Dia dah ada pengalaman
7 tahun dalam bidang accounting, tapi takde ACCA. Korang boleh agak sendiri la
gaji berapa untuk company besar macam CIMB tambah pula kalau ada ACCA, rasanya
boleh cecah RM7,000 lebih untuk 7 tahun experience.
4.
Akauntan kerja dia boring ke?
Ya dan tidak. Sebab benda ni subjektif bergantung kepada
individu dan jenis pekerjaan accounting tu sendiri. Ramai orang ingat akauntan
ni kerja setakat taip-taip nombor untuk buat penyata kewangan. Sebenarnya
bidang accounting ni sangat luas. Ada audit, tax, financial reporting,
financial analysis dan sebagainya. So kalau korang buat financial statement just taip je bulat-bulat number dalam document ke system mungkin kerja tu agak boring, Kalau korang
kerja audit kena banyak travel, jumpa dan interact dengan client, mungkin kerja
korang agak menarik.
Sekian penjelasan aku tentang soalan-soalan lazim tu. Kalau
ada apa-apa pertanyaan lain, jangan segan silu komen yer.