Post kali ni aku nak share informasi tentang dietitian atau dalam bahasa melayunya pegawai dietetik. Kepada sesiapa yang tak minat pekerjaan ni sila blah (kalau nak baca pun boleh). Hehe. Dietetian ni pekerjaan dia melibatkan penjagaan kesihatan secara profesional yang menekankan tentang pemakanan & nutrisi yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan. Pilihan kerjaya aku yang pertama untuk jadi dietitian la sebab aku memang terer tahap dewa dalam chapter Nutrition. Hahaha (gelak syok sendiri). Tapi kalau nak belajar kat universiti kena ada pengetahuan atau result yang bagus dalam Biology(sudah semestinya) & Chemistry. Physics tak penting sangat tapi cikgu aku cakap kalau nak belajar sekali pun boleh. Course yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran kat universiti ialah Nutrition & Dietetics, Nutrition & Food Science ataupun yang seangkatan dengannya. Korang boleh sambung belajar kat UKM, UIA, IMU atau universiti-universiti yang ada course-course kat atas.
- Clinical dietitian
- Community dietitian
- Foodservice dietitian
- Gerontological dietitian
- Pediatric dietitian
- Research dietitian
- Administrative dietitian
- Business dietitian
- Consultant dietitian
Selalunya dietitian kat Malaysia ni kerja dekat hospital. Tapi kat hospital bukan selalu ada kerja kosong untuk dietitian. So, dietitan ni boleh juga kerja as sales nutritionist, consultant kat slimming centre ataupun pegawai kawalan kualiti kat kilang-kilang makanan. Biasa kerja-kerja ni untuk graduan food science tapi kalau ada degree dietetik pun boleh juga masuk kerja-kerja ni. Sebab tengok kat jobstreet requirement dia semua ada sebut dietetik juga.
Gaji seorang dietitian
Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya berapa gaji seseorang yang baru graduate dalam kerjaya ni. Berdasarkan website IMU, gaji fresh graduate ialah RM 2500 tapi gaji ni boleh berbeza mengikut syarikat sama ada syarikat kerajaan atau syarikat swasta(selalunya swasta dapat lagi banyak) Biasanya Sales Nutritionist boleh mendapat gaji sehingga rm 5000 ke atas bergantung bonus dan insentif. Pengalaman bekerja pun menjadi faktor penting dalam penentuan gaji seseorang dietitian. Kalau Quality Assurance Officer pula gaji dia minimum 1800 basic untuk fresh grad. Kalau dah ada experience 2 tahun ke atas boleh mencapai rm3000 atau ke atas.