- Makan bawang putih
Makan bawang putih tu jangan la telan sebiji camtu. Mula-mula seulas bawang putih tu kena potong dulu kecil-kecil. Pastu campur kat dalam salad sayur-sayuran(dalam masakan pun boleh). Letak mayonis kat dalam salad sayur-sayuran tu biar rasa dia lebih umph! Memang nyedap la.
2. Basuh cadar atau sarung bantal.
Kepada sesiapa yg malas sangat nak basuh tu memang aku dah tak boleh tolong dah. Tapi takkan letak kat washing machine pun susah? Hehe. Lagi satu, bila basuh tu jangan guna deterjen banyak sangat sebab deterjen pun boleh menyebabkan alahan.
3. Hindari atau tutup mulut,hidung & mata apabila menggunakan produk semburan atau bahan kimia.
4. Hindari daripada orang yang menghisap rokok.
Ada kajian yg menunjukkan orang yang tak merokok berkemungkinan besar alah kepada asap rokok.